Pride of United part 2

Koleksi jersi United yang aku ade

Salam semua.

Aku merupakan
penyokong & peminat setia
Manchester United.

Aku mula meminati United
ketika era David Beckham.
Ketika itu United terlalu
hebat.

Jarang sekali pasukan
lain dapat menggugat kedudukan
United di takhta Liga.
Kalau adapon hanya pasukan
Arsenal yang mampu memberi
cabaran ketika itu.

Dan hasilnye
selain menonton perlawanan United
setiap minggu dan memiliki
koleksi video season review United
bermula sewaktu Treble 99 hingga
season 2007/08, aku juga membeli
jersi United yang original tau!!

Original dari kedai-kedai
seperti downtown dan pasar malam
Jalan Tunku Abdul Rahman.
Kire ori la tu kan?!

Paling aku teringin ialah
jersi United ade print nombor
dan nama aku dibelakang dan
akhirnye aku berjaye memilikinye.

Terime kaseh kepada Wan Lutut.


MEEN 10
No kegemaran aku

Pride of United


Salam...

Kecewa.
Kesal.
Hiba.
Sedih.

Kekalahan yang menimpa
Manchester United semalam.

Tewas dengan musuh tradisi
Liverpool yang mensayurkan
United di gelanggang keramatnye
iaitu Old Trafford.

Walaupon kalah
tetapi United masih
unggul dicarta teratas
Liga dan masih mempunyai
baki satu perlawanan ditangan.

Kebiasaannye United
pasti bangkit apabila
mengalami kekalahan.

Mengharapkan United
teros unggul..!!

Glory-Glory

Bloggers Meet


Salam semua.

Semalam ade perjumpaan
dengan blogger kt FRIM.
Aku dijemput oleh teacher Sally
untuk menjayakan perjumpaan itu.

Aku cakap OK
menerusi khidmat pesanan ringkas aku.

Ternyata pertemuan
pertama kali itu memberikan
seribu satu makna dalam diriku
ini memandangkan ini la kali pertama
kita berjumpe.

Gembira dapat bertemu
dengan tulang belakang
perjumpaan itu iaitu Dr.Sam.

Tidak ketinggalan hadirin
yang turut menjayakan pertemuan
itu seperti November, Tun Teja,
Cahaya dan beberape lagi yang
aku kurang kenali & hafal namanye.
Maaf ye.


Aku harap lepas ni
akan ade lagi pertemuan sebegini
kerana dapat mengenali satu dengan
yang lain disamping bergumbira
cuti dihujung minggu.

Terime kaseh semua di atas
hidangan & juadah yang
begitu enak

Minta ampun
Minta maaf sebab
tak dapat nak merasa
kesemua makanan memandangkan
makanan terlalu banyak.

Semoga kite berjumpe lagi.




p/s: Dr Sam. Terime kaseh bekas pensil yg unik itu..!!


The Unsung Hero


Sumber Gambar : Manunited.com


Meneroskan kemaraan ke pusingan
seterusnye dengan kemenangan bergaya.

Vidic
The unsung hero meletakkan permainan
didepan dan Cristiano Ronaldo menjadikan
Inter Milan yang luka teros berdarah lagi.

Ape lagi nak dikatekan?
Glory-glory Man United..!!

Jangan Merungut..!!

Salam semua.

Kite tak habis-habis disajikan dengan isu-isu politik.
Lame-lame kite mual. Boring. Malah bole menjadi
amat menjengkelkan. Kite jangan nak merungut
je. Cube bace beberape list yg ade di bawah.

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perludikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerna itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masihberupaya utk berjalan.

10. Untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...



--------------------------------------------------------------------------------


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"


--------------------------------------------------------------------------------


renung-renungkan laa.

Sumber: email yang dihantar oleh seorang sahabat.

Kursus

Salam semua.

Maaf kerna tidak
begitu aktif blogging.

Sedang menghadiri kursus
di Hotel sekitar ibukota.
Bagaimanapon aku tidak
menginap di hotel itu
kerna kegoyangan & kurang
keyakinan dek persekitaran
hotel yang kurang memuaskan.

Hotel OK!
3 bintang.
standard.
Ok laa tu kan.

Tapi rasenye lebih elok & yang
pastinye lebih selamat untuk bermalam
sahaje diteratak sendiri.

Tinggal 2 hari saje lagi.
Atau mungkin esok yang terakhir
disebabkan tuan urus setia kursus
seperti ingin mempercepat tempoh kursus
sehingga esok dan Jumaat di kemudian
harinye aktiviti bebas.

Segala pengesahan akan
diberitakan kepada kami peserta
kursus pada esok hari.
Hari Jumaat boleh la rehat.



yeay~

Sudah 2 tahun kan?!


Selamat Hari Lahir
yang ke-2
untuk anak sedare aku sorang ni.

Teroskan pelajari
ape yang kau ingin tahu.

Meniti setiap
hari dengan penuh
gelak tawa & kegembiraan
yang membuat diri ini
tidak lekang dari tersenyum
melihat gelagat kecil kau.

Teroskan dibuai
taman permainan kanak-kanak
kau dimana ketika ini aku juga
pernah merasakan ape yang kau
sedang melaluinye.

Persetankan anasir-anasir
yang mengganggu hidopmu
dalam mengenal erti kehidopan
yang penoh liku-liku mencabar
yang membuatkan kau tidak
pernah kenal erti putus asa.

Teroskan senyuman ragamu
yang sememangnye memikat
dan melayukan hati sesiapa
yang melihat.

Melihat kau membesar
sekarang membuatkan
aku lupe begitu cepat mase berlalu
sehingga aku juge semakin
lupe yang senyuman & gelak tawa-mu
ini sekadar bersifat sementara.


Kerna,
Pabila kau dewasa kelak.
Kau bakal tempuhi jalan-jalan
yang lebih sukar dan pada ketika
itu kau haros laluinye sendiri.
Berbekalkan pengalaman & teladan
hidop.


Teroskan gelak tawa


Teroskan senyuman manis


Teroskan menghiburkan hati ini.


Terime kaseh abang


Terime kaseh Mohd Amir Najmudin bin Mohd Saffuan.
Salam sayang dari Uncle Long Tok De kau sekeluarge.
muaahh~

Dragonball Evolution



Rakan-rakan semua!
Ayuh!
Mari menonton filem
yang bakal ditayangkan tidak lame
saje lagi.

Aku pasti.
Sepasti-pastinya.
Pasti ramai mereka-mereka
pernah menonton rancangan
cartoon paling popular ini.
Malah pasti ade yang begitu
addicted kepada komik
Dragonball ini.

Selepas menunggu beberape
tahun akhirnye cerite
kegemaran kite beraksi hidop
dilayar perak yang sebelom ini
kite tidak menyangka yang
mereka mampu untuk hidop!

Yang pasti.
Aku berharap filem ini
bakal menjanjikan seribu satu
kepuasan untuk santapan
kami yang menggilai
cerita ini.




Kame-Hame-Ha~



=)

Handphone Idaman..!!




Handphone idaman aku ni.
Tunggu sikit lagi dapat laa aku beli.

Sabar~

Sabar~
=)

Salam Maulidur Rasul




Salam.

Rasenye tidak lambat lagi
untuk mengucapkan
Salam Maulidur Rasul
kepada seluruh umat Islam
dimuka bumi ini.

Hari ini juge
merupakan hari ulangtahun
bagi anak saudara aku yang
ke dua.

Pejam-celik
Pejam-celik
sekejap je mase berlalu.

Tanpa kite sedari,
umor kite semakin hari
dimamah usia.

Kemane hala tuju aku?
Apekan jadi kepada-ku
selepas ini?

Setiap hari
aku berdoa semoga
aku teros menikmati kehidopan
dimuka bumi yang dipinjamkan
ini beserta susuk tubuh yang
bersifat sementara saja.

Esok hari bekerja
selepas tiga hari bercuti.
Cuti yang aku habiskan bersama
keluarga di kampung memberi
aku seribu satu kepuasan.

Mengharapkan hari
esok yang sempurna
bagiku dan seterosnye
hari-hari yang mendatang
juga.

Macam Bagos!

Bagos ke?
Ke tak bagos?
Ke macam bagos?


Kalau kau kutuk orang lain tanpa rase malu takpe.
Tapi asal bile kau kene kutuk kau nak melenting dan
tarik muke seribu.
Baik TAK payah main kutuk-kutuk!
Macam bagos!

Kalau kau pakai barang orang lain selamber je tanpa rase bersalah.
Tapi asal bile orang lain nak pakai barang kau kemain kedekut
tahik hidung masin sangat?
Baik TAK payah bagi kau pinjam!
Macam bagos je kau ni.

Kalau kau bole mencapap.
Tapi asal bile orang lain mencapap kau benci?
Kau macam bagos je kan?!

Cukup aku pantang kalau orang berkire dengan aku.
Sebab aku jenis tak berape nak berkire sangat.
Ade bende kene la consideration sikit.
Ade bende tak perlu.




Jangan laa kau ingat diri kau da cukup sempurna sangat.



Holiday..!!




salam.

Yeay~
gumbira dek kerna
cuti hujung minggu yang
agak panjang meleret
hingga ke hari senin.

Cuti sempena
Maulidur Rasul.

Slase
back to office and
on Rabu, Khamis & Jumaat,
aku perlu menghadiri kursus
berkaitan tugas hakiki aku
di pejabat.

Kursus Penyenggalaraan Buku Vot ( Peruntukan)

bertempat di City Hotel
sekitar Jalan Chow Kitt.
Rating 3 bintang aje!
Malam-malam bole laa beli ayam!
nyum~ nyum~

Ayam KFC laa dowh.
Depan hotel ade KFC.
Bukan ayam tuut.



adoyai~


Nuffnang

http://www.nuffnang.com.my/

salam.

aku tambah beberape features
kt blog aku ni selaras dengan blog-blog
lain yang aku lawat.

Kebanyakkan mereka
ade nuffnang ni.
Sumpah aku tak tau apekejadahnye
bende-alah ni.

Secara kasar
yang aku dapat faham yang
nuffnang ni lebih kurang
macam iklan (advertisement).
Kalo pengunjung klik
kt nuffnang tu. Maka aku
akan dapat sedikit imbuhan.

Aku kurang pasti
bagaimana nuffnang ni operate.
As long as pengunjung
melawat blog aku ni,
sedikit point akan aku terime.

Walau apa-apa pon
aku masih lagi mencube
dan aku akan dapatkan
nasihat & pendapat dari pihak
yang lebih arif.

Semoga blog aku ni
selalu dikunjungi oleh
rakan-rakan siber.

Kuciwa

Salam.


Sudah hampir
3 purnama aku
menjalani kehidupan serba
senang lenang aku
ditempat mencari
sesuap nasi-ku.

Hidopku tak
ubah seperti orang Nomad.
Puak yang berpindah-randah
mencari tempat untuk
berteduh.

Mungkin bukan
salah dari pihak pengurusan.
Tentu sekali bukan
salah aku!

Aku cube untuk
tidak menyuarakan
masa-elah aku tatkala
aku menghadiri meeting tempoh-hari.

Atas alasan tidak
mahu dilabel Mencapap,
aku menidak-suarakan
diriku ini ketika
Tuan Pengerusi mengajukan
soalan terhadapku.

Sengaja aku ingin
melihat keperihatinan mereka
yang berkenaan berhubung masalah
yang aku hadapi.

Kerjaku tidak sempurna.

Fail bersepah.

Pinjam tempat orang lain.


Susah!







Tunggu je laa.
Kecewa dowh~

Mencapap!

Salam.

ape tu?
Aku tidak mencarot
mahupon cube mengeluarkan
perkataan yang kurang enak
didengar.

Mungkin ade yang
pernah mendengar.
Mungkin tiada siape yang
pernah dengar.

Namun.
Ini bukan laa kata kerja
yang terbit daripada
Dewan Bahasa & Pustaka
untuk kite jadikan dalam
norma-norma
kehidupan seharian kite kelak!

Diambil daripada
ayat yang panjang
lalu disimpuh rapi
dan diterbitkan
menjadi satu sebutan yang
apabila didengar pasti sudah
mengerti maksudnya.

Mencapap

Men~Ca~Pap

bererti;
Mencari Publisiti.
tidak kire murahan mahupon mahalan.

Mungkin suatu masa
nanti ianya
menjadi siulan muda-mudi
masa kini untuk
dilabelkan kepada
mereka-mereka
yang sering kali
cube mendapatkan perhatian
seperti dibuat-buat.






Cukup aku menyampah!!



Tambah Trofi Dalam Almari

salam..

Kemenangan memihak
kepada Manchester United
di perlawanan Piala Liga
malam tadi yang menyaksikan
United menang menerusi
penentuan sepakan penalti
setalah tiada jaringan semasa permainan
berlangsung.

Mereka menambah trofi dalam
kabinet mereka.
Bahkan menambahkan
kecemburuan kepada
peminat-peminat
pasukan yang lain.

Mungkinkah
tahun ini merupakan
tahun yang begitu bermakna
bagi pasukan terhebat di dunia ini?

Piala Kelab Antara Benua
sudah dikunci di dalam almari.

Piala Liga baru je dapat
malam tadi.

Tinggal Kejuaraan Liga
yang nampak gayenye selesa
berada dilandasan untuk dimenangi.

Piala FA sedang
berlangsung dan mungkin
laluan mudah untuk ke Final.

Begitu juga
Liga Juara-Juara Eropah.
Bakal dimenangi sekali lagi.

Papepon kite tunggu dan lihat.
Kehebatan pasukan yang hebat ini.





Glory-glory Man United.


Radio baru!

Dulu layan Era.fm
Sekarang layan Sinar.fm plak



Salam semua.


Pernah dengar
Sinar.fm tak?

Well.
Aku da tukar tuning radio aku ni sekarang.
Dulu aku layan Era.fm.
dari depa mula-mula keluar kt radio

sampai laa sekarang.
Hampir 11 tahun rasenye Era.fm
ni da ade.

Tapi
aku da mula dengar Sinar.fm.
syok beb. Layan.

Dulu aku ckp Sinar.fm ni radio untuk org tua.
skang aku pulak yang layan.
Da tua ke aku ni?
Mungkin kot.


Seronok dengar
Kyrill, Kak Engku, & Salleh Yacob (abang Jem)
berceloteh pagi-pagi.
Pegi keje pagi-pagi.
Jalan kt KL ni jem beb.


Pagi ni aku da termasok lambat.
Mane taknye.
Leburaya Mahameru ni jem terok plak.
Aku keluar rumah kire awal jugak
dan biasenye memang aku keluar time
begini.

Alih-alih jem tadi.
Nak maki hamun mencarot pon
tak gune jugak.
Pelik aku dengan diorg ni.
tak reti bawak kereta ke?


Nasib baik ade
Sinar Pagi @ Sinar.fm


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin