Sudoku

pernah cube? sumpah mencabar minda korang..!!

Salam..

wah.
Aku membuat entry marathon.
Baru je postkan entry tadi
ni da post entry baru pulak.

Saje nak banyakkan
entry untuk bulan bulan
terakhir tahun akhir ni.

Aku nak cite pasal permainan
Sudoku. sebotan die /suːˈdoʊkuː/
Ye.
Korang mungkin akan cakap aku lapok.
Sebab game ni da lame da ade.
Itu aku tau.
Tapi dulu aku tak berahi pon nak main.
Tapi lepas aku try mainkan game ni
dengan Zaidi Arifin & Ann Asmara
hari tu kat Mid Valley buat aku jadi
teruja pulak nak main lagi.

Game sangat simple.
Senang sangat.
Tapi aku takde la
nak buat penerangan kat sini pulak.
Just nak promote bole la.
Untuk lebih lanjut korang
Tak susah mane pon.
Aku ade download game ni
dalam henfon aku.

Kalau boring boring
aku akan mainkan Sudoku.
=)




Detik Detik Jam Berdetik

meniti detik berakhirnye tahun 2009

Salam semua..

Tahun 2009 kian melabuhkan
tirai tatkala jam tepat
menunjukkan 12 tengah malam nanti.

Tiada ape yang aku harapkan
hanya kesejahteraan ke atas
diri aku sekeluarga & orang
orang tersayang.
=)

Entry ini konon kononnye
pra tahun baru la kirenye.



Kenangan Budak Budak Hingusan.

Logo sekolah aku yang aku dah touch up bagi baik punyee

Salam semua..

Aku budak tak berape nak besar sangat.
Umor aku baru 24 tahun.
Kire sedang membesar la tu.
Tahun depan umor aku masok 25 tahun.
Kau rase aku da tua ke mude lagi eh?

Walaupon meningkat dewasa.
Walaupon semakin matang.
Tapi aku rase kite tidak lari
dari sifat keanak anakkan kite.
Ye lah
Kite lahir lahir pon bukan teros besar pon.
Lain la kalo kite ni Benjamin Button.

Tatkala aku teringat zaman aku
masih budak hingusan.
Aku teringat kat sekolah rendah aku.
Teringat time bermain bersama
rakan rakan seperjuangan yang ketika
itu hingus dok meleleh dan ketika itu
internet apekejadah semua ini takde
lagi.

Sebenarnye bukan takde.
Kalo korang google
Internet ni sebenarnye da lame
ade bertapak.
Cume ade kat luar negara aje.

Sewaktu sekolah rendah.
Aku pernah bersekolah 3
sekolah sepanjang dari aku
darjah 1 sehingga aku darjah 6.

Aku memulakan sekolah aku
di Sekolah Kebangsaan Seri Manjung
yang ketika itu aku masok dalam
darjah 1.
Tapi aku lupe aku kelas ape.
Sehingga aku darjah 3, dalam
pertengahan tahun itu ayahanda aku
mengajak aku, bonda & adinda aku
untuk ke UK.

Maka bermula la pula persekolahan aku
di rantau orang.
Gile dasyat. Kecik kecik aku da belajar
luar negara.
Tapi untuk 6 bulan saje.
Kemudian kami sekeluarga pulang ke
tanah air.

Kemudian aku bersekolah di
Sekolah yang aku rasa memberi
seribu satu kenangan kepada aku.
Dari darjah 4 sehingga aku darjah 6
dan menduduki UPSR tahun 1997.

Dengan berbekalkan keputusan
yang akan cemerlang aku melanjutkan
pelajaran di sekolah asrama.
Ketika itu memang aku lost contact
dengan rakan rakan seperjuangan
ketika sekolah rendah.
Hanya segelintir je yang sentiasa
meniti di ingatan aku.

Selepas hampir 11 tahun berlalu.
Usaha aku untuk menjejak kembali
rakan rakan ketika di sekolah membuahkan
hasil dengan penubuhan group SK Seri Selamat
di Facebook.

Setakat ini sudah ramai yang aku jumpe.
Aku gembira.
Aku akan anjurkan reunion
untuk mereka satu hari nanti.
Insya Allah.




Candid Photo Contest

klik Encik Halim untuk ke blog die.

Salam semua..

Ini merupakan kali pertama aku cube
menyertai contest yang dianjurkan
oleh blogger blogger yg ada kat dunia ni.

Mule mule aku sikit pon
tak amek port pasal bende-alah macam ni.
tapi lepas Dila Jamalia yang awesome tu
mendapat johan dalam contest yang die
sertai, aku cube jugak la. Ape salahnye.
Bukan kene bayar pon kan Encik Halim kan?

So aku pertaruhkan gambar kat bawah ni
sebagai gambar candid aku yang sedang
bermain snooker di sekitar Seri Rampai
kat Wangsa Maju tu.

Aku bukan la pro sangat nak snooker.
Tapi bole la setakat nak tunjal tunjal
je cue ball tu.
Harap aku dapat memberi saingan
dan memeningkan kepala pihak
juri untuk memilih.
Maaf. gamba di ambil menggunkan
telefon tangan yang ade feature kamera
tetapi tidaklah secanggih DSLR.
=)

Pengamatan yang gigih untuk memasokkan bola berwarne merah ke dalam
lubang sambil diperhatikan seorang rakan; Shafiq.







Pejam Celik Pejam Celik.

melalui jambatan konon konon berakhirnye tahun 2009. Gambar di ambil
di kampong aku di Melaka kemudian di edit menggunakan Adobe Photoshop.


Salam semua.

Kejap je tahun 2009 da nak melabuhkan tirai.
Seronok.
Takot.
Teruja.
Ghairah.
Gembira.
sebab nak masok tahun baru 2010.

Tapi pada masa yang sama
terasa jugak
Takot.
Menyesal.
Kecewa.
Gumbira.
sepanjang tahun 2009 yang da nak habis.

Banyak dugaan, cabaran
onak ranjau berduri
yang berjaya aku tempoh sepanjang
kehidupan aku di tahun 2009 ni.
Tidak lupe juge pahit manis
yang berjaye dilalui.

Teros terang aku katakan.
Memang banyak azam azam yang
kononnye berkobar kobar je semangat
untuk aku lakukan tahun 2009 tapi
akhirnye tidak terlaksana.

Yela. Orang cakap.
Kite merancang. Tapi Yang Maha Esa
sudah pasti yang menentukan segalanye.

Apepon
bile tahun 2010 sudah mula
menyingkapkan tabirnye.
Aku akan berusaha untuk
merealisasikan azam azam
baru aku untuk 2010 ini.
Mungkin aku akan buat
list list untuk azam baru
pada entri tahun baru nanti.

Plan untuk tahun baru nanti..??
Sejak dulu lagi aku lebih gemar
untuk dudok di rumah bersama
keluarga tersayang saje.
Ye.
Mungkin akan ade cakap;
'ek-ele.. tak remaje la kao ni'
tapi bagi aku itu lebih
selesa kalo dibandingkan
dengan hiruk pikuk orang
yang dok berpeleseran kat ibukota.
Lepas tu confirm confirm otek*
bersepah sepah menahan mat mot
yang memperagakan lagak aksi ngeri
dorang di jalan raya.

Dudok rumah saje pon boring jugak.
Mungkin paling tidak aku hanya lepak
di warung bersama teman teman office kot.

2010 hanya tinggal 2 hari saje lagi.

*otek = polis

aku printscreen desktop wallpaper aku yang ade calender cool macam ni.
korang bole search taip Rainlander dan pc office aku bertemakan
poster movie Inglorious Basterds. Kesemua kaedah ini aku
menggunakan perisian MS Paint saje. Kat office aku tak Adobe
Photoshop.




Papan Ibu Aku Rosak.

gambar hiasan. PC aku takde la sampai berasap camni. kepala aku je berasap. *sigh*



Nak comfirmkan kepada semua.

Setelah di-check oleh kawan aku
IT Technician di ofis ni.
Maka dengan ini aku confirm-kan
bahawa PC aku rosak.

Motherboard aku rosak.
Kalau nak baiki memerlukan
sejumlah wang.
Tidak la besar sangat.
Tapi aku tak dapat nak
baiki serta merta memandangkan
kekangan dana dari bank aku sendiri.

Tadi aku da keluar mengular sekejap
ke Plaza Imbi yang parking-basement-die-
bapak-mahal sampai RM6.00 sejam.
Aku cube anta satu kedai ni untuk
check dulu pon same jugak jawapan die.

Justeru itu.
Aku mungkin tidak dapat online Facebook
tiap tiap hari lagi dalam bulan Januari 2010
sehingga mendapat suntikan dana baru dalam bank.

Facebook tidak dapat di akses di ofis.
Nasib baik blog ni bole di layari.

Sekian.

p/s: pecah kace pecah gelas. Pecah kepala aku memikirkan pasal ni.
so jangan banyak tanye kang tak pasal aku pecahkan kepala paip. haha~





Jalan Jalan Cari Makan.

gambar hiasan aje.


Salam semua..

Aku suke sangat makan.
Tapi aku tak gemok.
Aku juge tak kurus.
Tapi aku suke sangat makan.

Bagi aku makan ni
memang merupakan
satu nikmat yang dianugerahkan
oleh Allah swt selepas tido dan kawen.

So aku ingat aku nak
buat satu blog tambahan berkaitan
dengan kedai kedai makan or
makanan makanan yang pernah aku makan.
Kire macam Jalan Jalan Cari Makan kat TV3
yang Maria Tunku Sabri buat tu.

Secara tak langsung mungkin
aku dapat promote kedai or
makanan tu kan.

Aku akan mulekan dalam
masa terdekat ni.
So link ke 'Kedai Makan' aku tu
nanti akan aku postkan.


p/s: Blog tu khas untuk orang yang kuat makan aje. haha~



Tahniah.Belajar Rajin Rajin Nanti Bile Dah Besar Bole Jadi Doktor.

gambar hiasan saje yang aku dapat dari Google.


Salam

Maaf.
Banyak kali aku minta maaf sebab
aku jarang update blog aku ni.

Bulan Disember ni bulan sibok aku.
Orang cakap bulan ni bulan mengawan.
Sebab ramai orang buat majlis kawen.
Dari awal bulan sampai da nak hujung ni
orang dok jempot aku pegi makan free je.
Tak perlu la tanye aku punye majlis bile
sebab aku takde jawapan.
Hoho~

So alang alang ade kesempatan ni.
Aku cube untuk update jugak blog aku
kat office ni.
Bersempena dengan keputusan PMR ni,
aku nak ucapkan TAHNIAH
kepada 2 orang adek sepupu aku
yang berjaya dapat keputusan cemerlang.

Ainur Hanisah Binti Muhammad - 8A 1B

Asri - 7A kot kalo tak silap aku.
sebab aku tak sempat jumpe die time aku
balik kampong semalam.

tak lupe juge kt kawan blog aku Dila Awesome
yang dapat 7A 1B.

Tahniah sekali lagi sebab korang berjaya
membanggakan ibubapa korang.



p/s: dulu aku dapat 5A 3B je. tak tipu.




setahun sudah berlalu

cuba laa teka kat mane ni. =)

Salam semua..

Pejam celik pejam celik.
Dah setahun aku kerja kat tempat baru ni.
Kat mane aku keje?
Dulu aku penah cerite.
tak tau la korang ingat ke tak?

Dalam masa setahun jagung ni.
Berbagai-bagai dah aku lalui.
Semua ada.
Takkan aku nak cerita semua kan.
Dua kali raye pon belom tentu habis.
=)

Ape nak cakap?
Semoga aku teros lebih
cemerlang dan berjaya la hendaknye.
Ceewaah.
Macam kata kata perangsang bagi
kat budak nak jawab peperiksaan SPM pulak.

Apepon
Terime kaseh semua.
Terime kaseh yang tak terhingga.




Tweet.. Tweet..

Salam semua..

Entry kali ini pasal gamba yang ade kat atas.
Burung ni diberi name twitter.
Aku tak pasti dari spesis ape.
Aku dah cube cari dalam National Geographic
pon tak jumpe jugak.
Berdasarkan lagak gayenye yang comel dan manje,
Aku mengagak burung ni dari spesis burung pipit.
Tapi kenape kalernye biru?

Ape bende ni?
Haiwan peliharaan ke?
Bukan la.
Tapi sumpah aku tak paham sangat
ape fungsi bende-alah ni.
Yang aku dengar dengar orang cakap
fungsinye macam mesej.
Ntah la.
Aku dah daftar.





Fantasy Football


jatoh carta ke no 3. susah gile aku nak potong Dewa FC. *vavi* =p


Tau ke pasal Stadium Astro Fantasy Football?
Mungkin ade yang tau mungkin ade yang tak tau kot.
Tapi aku kat sini bukan nak cerite pasal permainan
ini kat korang.
Aku nak cerite yang aku telah jatoh ke tangga 3 daripada
no 2 selama berminggu berturut turut.

Liga PDN ni aku yang cipta khas untuk
budak budak bujang & tak bujang kat ofis
aku untuk tunjuk bakat macam manager manager
yang ader kat Premier League tu.

Sejak dari gameweek pertama Dewa FC teros
untuk di tangga teratas liga.
Nasib.
Haha~
Bukan power pon team tu. =p

Tapi untuk minggu ini aku buat
percaturan yang silap.
Tidak ade seorang pon pemain
aku berjaya menjaringkan gol
ataupon mendapatkan mata berharga untuk aku.

Takpe.
Takpe.
Masih awal lagi.
Kite tunggu sampai hujung musim.

Barisan kesebelasan utama pada gameweek kali ini.
Sorang striker pon tak score. Taik betol. haha~


Inglorious Basterds

poster movie


Salam semua.

Saje buat entry pasal movie yang
aku baru layan dan aku kerap
ulang balik movie tu; Inglorious Basterds

Bagi yang memahami bahasa Inggeris
maksod tajok cerita ini seperti agak kasar.
Tapi jangan salah sangka.
Cerite ini sangat best.

Aku download je movie ni dari internet.
Lepas habis tengok aku ulang lagi.
Ape yang menarik bagi aku pasal
cerita ini selain jalan cerita
yang tak peningkan kepala-walaupon pada mulanya
aku kurang memahami sehingga aku ulang kali
tengok balik baru la aku faham-ialah kehebatan
pelakon pelakon menjayakan watak watak
masing masing.

Banyak bahasa yang digunakan dalam movie ini
dan aku perlu baca sarikata-English Subtitle.

Dan yes aku katakan.
Aku memang teringin belajar dan ada
kebolehan untuk bertutur
dalam bahasa-bahasa lain.

Bukan itu je.
Bahasa yang dituturkan dalam movie ini
jugak ade slang ataupon dilect yang berlainan.
Menarik..!!
Cuba lah tengok movie ini.

=)


Salam Aidiladha



Selamat Hari Raya Aidil Adha
diucapkan kepada semua umat Islam.

Aku akan balik ke
kampong Melaka hari ini.
Insya Allah lepas waktu bekerja
selepas menghantar seorang rakan
aku ke Hentian Duta petang nanti.

Hari Raya nanti sepupu aku
akan bernikah.
Rasenye selepas Solat Jumaat.
Kemudian kenduri akan diadakan
pada hari Sabtu ni.

Hari Ahad insya Allah aku
akan pulang ke ibukota.

=)

p/s : Tahniah kepada seorang rakan; Nur Hanani Abd Rashid yang
telah melahirkan anaknya pagi tadi pukul 2.19.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin