Raya Kedua


...kembara raya diteruskan lagi
ke destinasi seterusnye iaitu di utara
tanah air.

Aku akan menuju ke Kampung Titi Besi
di Kepala Batas Kedah bersama parent aku.
Mak Lang aku ataupon kakak nombor tiga
kepada mak aku dudok di Kedah sane bersama
Pak Lang aku.
Nenek aku jugak dudok di rumah Mak Lang
sebab Mak Lang sudah berpencen & tidak
bekerja. Maka Mak Lang menjaga nenek
aku di Kedah.

Perjalanan ke arah utara kali ini agak
hambar kerana tidak terlalu banyak kereta
yang ada. Jalan agak lengang.
Bagaimanapon apabila singgah di hentian
rehat dan rawat, aku dapati ramai jugak
yang ada. Mungkin berjalan raya barangkali.

Kami tiba di Kedah time suboh dan breakfast
di sekitar kawasan Kepala Batas.
Terkejut sebab ada gerai yang sudah mula
beroperasi walaupon raya kedua.

Sedap nasi lemak lauk ayam di Kepala Batas ni.
Harga pon berpatutan. Kenyang.
:)

Kemudian kami tiba di rumah Mak Lang.
Salam pelok cium tangan semua.
Berjumpe sanak saudara.
Makan minum juadah yang ada.

Disebelah petangnye,
ayah aku ajak makan laksa di Kuala Perlis
dan kemudiannya jalan jalan disekitar bandar
Alor Star.

Tapi sayang sekali laksa Kuala Perlis belum
beroperasi lagi sebab masih berhari raya.
Kempunan nak makan laksa.

Pada sebelah malamnye aku join
sepupu aku ngeteh di bandar Alor Star
sehingga pukul 1 lebih.

Esok paginye kami dah nak gerak
balik ke ibukota Kuala Lumpur
disamping ada acara singgah-menyinggah
di mana-mana tempat.



1 comment:

Lina said...

Hello there,

I’m Azlina from Universiti Sains Malaysia, Penang. I am currently doing a research on Malaysian Bloggers as part of my Masters degree in Social Science (Psychology). Your blog has been selected and I would sincerely be grateful if you can participate in my study. In this research, I am interested to understand more about your blogging experience. If you are indeed 18 years old and above, and willing to spend a few moments of your time to complete a survey to help with my research, please answer the questionnaire in the link below as soon as possible. If you have any questions or concerns about this survey, you may email me at scorpluto35@yahoo.com.

I sincerely appreciate your time and consideration!


http://www.kwiksurveys.com/online-survey.php?surveyID=IJNOIM_a20d967d



Azlina
scorpluto35@yahoo.com


please delete this after done, thanks

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin