Balik Raye

sumber dari encik google

Salam semua.

Pejam celik pejam celik
kite dah pon sudah hampir ke
penghujung bulan mulia yang penuh
keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Tatkala entry ini di-post-kan,
hanya tinggal empat hari sebelom kite semua
muslimin & muslimat akan menyambut detik
kemenangan dengan berhari raya.

Segala persiapan sudah pon disediakan dengan
keadaan ala kadar sahaja memandangkan
tahun ini tahun yang tak berape masyukkk~
Terlalu banyak bende yang perlu diutamakan
terlebih dahulu sebelum memikir untuk bersuka ria.

Insya Allah tahun ini aku akan pulang beraya
ke kampung halaman ibu & bapa aku di Melaka.
Seperti tahun tahun sebelumnya, sambutan hari
raya di kampung halaman tetap meriah dengan
kehadiran sanak saudara mara berkumpul bersama.

Di kesempatan yang ada ini aku ingin memohon ampun
silap dan maaf andai kata selama ini aku terlanjur bicara,
terlanjur kata, terlanjur semacam perkara kerana aku
ini hanya insan yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu makna kepada
diri aku dan keluarga aku sendiri.






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin