Raya Ketiga

menuju ke Jambatan Pulau Pinang


Menuruni Jambatan Pulau Pinang. Nampak
dah bandar Pulau Pinang. Teruja. :)



penat pusing pusing pulau, singgah
makan Laksa Penang di Batu Feringghi.
Sedap.



Selamat tinggal Pulau Pinang. Balik dengan Feri.


Insya Allah tahun depan bulan Februari
kawan dipejabat aku ni akan buat
kenduri kawin. Die orang Penang.
Boleh datang sini lagi. :))

kemudian perjalanan pulang ke KL diteruskan lagi. Sesak teramat sangat
ketika masuk di Plaza Tol Juru sampai la di hentian rehat dan rawat
Sungai Perak. Baru la lega dan clear sikit. Hampir 6 jam duk dalam kereta.
Tiba di Kuala Lumpur kire kire jam 1 pagi.

รεlﻪოﻪէ ﻪгﻨ гﻪկﻪ ﻪժﻨlfﻨէгﻨ ოﻪﻪF չﻪհﻨг ռ ъﻪէﻨռ





Raya Kedua


...kembara raya diteruskan lagi
ke destinasi seterusnye iaitu di utara
tanah air.

Aku akan menuju ke Kampung Titi Besi
di Kepala Batas Kedah bersama parent aku.
Mak Lang aku ataupon kakak nombor tiga
kepada mak aku dudok di Kedah sane bersama
Pak Lang aku.
Nenek aku jugak dudok di rumah Mak Lang
sebab Mak Lang sudah berpencen & tidak
bekerja. Maka Mak Lang menjaga nenek
aku di Kedah.

Perjalanan ke arah utara kali ini agak
hambar kerana tidak terlalu banyak kereta
yang ada. Jalan agak lengang.
Bagaimanapon apabila singgah di hentian
rehat dan rawat, aku dapati ramai jugak
yang ada. Mungkin berjalan raya barangkali.

Kami tiba di Kedah time suboh dan breakfast
di sekitar kawasan Kepala Batas.
Terkejut sebab ada gerai yang sudah mula
beroperasi walaupon raya kedua.

Sedap nasi lemak lauk ayam di Kepala Batas ni.
Harga pon berpatutan. Kenyang.
:)

Kemudian kami tiba di rumah Mak Lang.
Salam pelok cium tangan semua.
Berjumpe sanak saudara.
Makan minum juadah yang ada.

Disebelah petangnye,
ayah aku ajak makan laksa di Kuala Perlis
dan kemudiannya jalan jalan disekitar bandar
Alor Star.

Tapi sayang sekali laksa Kuala Perlis belum
beroperasi lagi sebab masih berhari raya.
Kempunan nak makan laksa.

Pada sebelah malamnye aku join
sepupu aku ngeteh di bandar Alor Star
sehingga pukul 1 lebih.

Esok paginye kami dah nak gerak
balik ke ibukota Kuala Lumpur
disamping ada acara singgah-menyinggah
di mana-mana tempat.



Raya Pertama

bersama sepupu sepupu dengan tema raya rahun ini;
Hijau Daun


Salam semua.

Program bagi raya pertama.
Seperti tahun tahun lepas dan sebelumnye.

Pagi pagi suboh kami semua dah kene
bangun untuk menunaikan solat suboh
berjemaah bersama semua sanak saudara.
Bertakbir raya dan terus menikmati juadah
hari raya seperti nasi impit bersama kuah
kacang, lodeh, sambal sotong.
Tahun ni takde lemang.

Selepas solat raya.
Kami semua bergamba bersama
sanak saudara disamping waris-waris
datang menziarahi.
Kami juge tidak lepas untuk datang
menziarahi sanak saudara dan waris-waris
yang lain.

Raya kali ini tak berape best bagi aku.
Aku perlu berehat sebab malam nanti
aku akan drive untuk pulang ke ibukota.
Dan seterusnye gerak ke utara untuk
berjumpe keluarga sebelah emak di
Kepala Batas, Kedah pulak.
Satu perjalanan yang memenatkan.

So malam aku bertolak kire kire
jam 10 malam untuk ke KL dan tiba
di ibukota pada pukul 12 lebih.
Jalan raya lengang. tak banyak kereta.
seronok rase kalau tiap tiap hari macam ni.
Takde la jem je memanjang.

Entry ini akan diteruskan ke
part raya kedua memandangkan
aku akan terus bertolak ke utara
sejurus tiba di ibukota



Hari Bantai


Salam semua..

Korang tau hari bantai?
bagi orang-orang melaka atau orang orang
sebelah selatan tanah air ni, hari bantai ini
cukup sinonim dengan hari terakhir berpuasa.
Hari ini jugak hari terakhir semua orang
menyiapkan juadah untuk berhari raya keesokkan
harinya.

Hari ini jugak la orang kota mula mensesakkan
lebuhraya-lebuhraya untuk pulang ke kampung
halaman masing-masing.
Termasuk aku sendiri.

Walaubagaimanapon syukur sebab jalan takla sesak seperti
yang disangkakan seperti tahun tahun lalu.
Hari bantai ni pon aku masih bekerja sebab
aku bujang dan aku memberi peluang / keutamaan
kepada staff staff lain yang sudah bekeluarga untuk
pulang ke kampung masing-masing.
Baik kan aku. :)

Tapi aku dapat perlepasan awal tak awal sangat
pukul 3 petang untuk punch out dari pejabat.
So lepas tu aku terus gerak pulang ke kampung
halaman aku di Melaka bersama parent aku.

Aku tiba dikampung halaman kire kire pukul
5 petang barangkali.
Jalan dilebuh raya PLUS tidak sesak.
Tapi banyak kereta yang berpusu untuk
pulang.

Alhamdulillah kepada Allah swt
kerna tahun ini aku dapat menyempurnakan
puasa aku dengan cukup.
Zakat fitrah pon sudah dibayar.
Harap tahun depan dapat berjumpe
dengan Ramadhan Al-Mubarak lagi.




Salam Lebaran Minal Aidil Wal Faizin

Salam Lebaran Minal Aidil Walfaizin di ucapkan

kepada semua rakan taulan & sahabat handai semua

yang mengenali diriku ini.

Andai kata terlanjur bicara ingin aku mengulur

ampun seribu kemaafan dihari raya yang mulia ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Balik Raye

sumber dari encik google

Salam semua.

Pejam celik pejam celik
kite dah pon sudah hampir ke
penghujung bulan mulia yang penuh
keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Tatkala entry ini di-post-kan,
hanya tinggal empat hari sebelom kite semua
muslimin & muslimat akan menyambut detik
kemenangan dengan berhari raya.

Segala persiapan sudah pon disediakan dengan
keadaan ala kadar sahaja memandangkan
tahun ini tahun yang tak berape masyukkk~
Terlalu banyak bende yang perlu diutamakan
terlebih dahulu sebelum memikir untuk bersuka ria.

Insya Allah tahun ini aku akan pulang beraya
ke kampung halaman ibu & bapa aku di Melaka.
Seperti tahun tahun sebelumnya, sambutan hari
raya di kampung halaman tetap meriah dengan
kehadiran sanak saudara mara berkumpul bersama.

Di kesempatan yang ada ini aku ingin memohon ampun
silap dan maaf andai kata selama ini aku terlanjur bicara,
terlanjur kata, terlanjur semacam perkara kerana aku
ini hanya insan yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu makna kepada
diri aku dan keluarga aku sendiri.






LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin