Merdeka . Merdeka . Merdeka

Selamat menyambot Hari Kemerdekaan untuk semua
rakyat Malaysia buat kali yang ke - 52

Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!

Salam Ramadhan Al Mubarak


Salam ramadhan al mubarak di ucapkan kepada
semua umat Islam di dunia ini.

Semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan
kepada kita semua.

Farewell My Friend


punch terakhir jam 18:04 pada 14 Ogos 2009

Mohd Shafiq Bin Yacoub
akan memulakan kerjaya baru
di negeri bawah bayu; Sabah ba
bermula minggu ini.

Semoga berjaya ditempat baru.

Dari Kenduri Ke One Utama

Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Rumah Abang Jem kat area Danau Kota.
Kehadiran : Aku, Fitry, Eddy & Cik Fiza.


Rombongan Cik Kiah ke rumah Abang Jem.
Sampai pon da petang so haruslah semua tetamu da balik.
So tinggal kiteorang je la untuk datang habeskan lauk.
Perghh.. sedap jugak.
Maklom la semua tengah lapo.
Da habes makan kiteorang menuju ke One Utama
sebab nak pegi bersosial tengok wayang
cerita; SETEM.

Masa : 5.00 petang - 12.00 tengahmalam
Lokasi : One Utama & Restoran Nam Kam Kg Baru

Aktiviti di One Utama ialah mencari Golden Screen Cinema.
Maklom la One Utama ini sangat besar maka kami yang
dari kampong Kuala Lumpur ni sesat jugak.
Makam malam di Restoran Nam Kam Kg Baru.
Restoran member Fitry.
Sedap jugak. Tempat duduk ala-ala ditepi pantai.

The Road Not Taken


Salam semua.

Lame jugak aku tidak
menampah entry post di blog ni.
Kali ini aku ada stoty nak habaq mai.

Korang sume tau
pasal rusuhan hari sabtu 1 Ogos tu.
Subhanallah.
Terok gile keadaan jalan kat KL.

Hari tu aku ade date dengan
member aku yang datang all the way
from Ipoh.
Aku telah di-arahkan dengan rela hati
untuk menemankan member aku tu
ke The Mines sebab die ade urusan
kat situ.

So aku pon gerak keluar dari rumah
masok Federal Highway untuk ke Pudu.
Hambek kao.
Jalan da jem!
Ape lagi, mujur lah GPS otak aku berfungsi
baik pada hari tu.
Teros aku tukar haluan menuju ke Bandar Sri Permaisuri
seterosnye masoh semula ke Jalan Loke Yew.
Nasib baik kat situ jem baru nak bermula.
So lepas aku kat jalan Pudu tu da clear je.

Untuk ke The Mines jalan tak jem
memandangkan aku menuju keluar
dari ibukota sedangkan jalan jem
banyak yang menuju masok ke ibukota.

Selesai urusan member aku tu,
aku pon bergerak ke Pudu semula
sebab nak hantar die nak naik bas balik.
Ape lagi.
Aku ngadap jem la.
Lebih kurang sejam lebih jugak la untuk
sampai ke Pudu dari The Mines
walhal hanya 20 minit je kalau dalam keadaan
biase dengan menaiki Satria Turbo Aku ni.
Hahahaha~

Nasib baik sempat hantar.
On the way balik aku pulak yang
tersangkot dalam jem tu lagi.
Todia.
FRU ade je kat mane mane.
Rusuhan ini buat kite susah je.
Memang menyusahkan.
Hmm..
Having a great time. Thank you babe.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin