Mari Blaja Bahse Klantan

I've got this message from an e-mail send by a friend of my. He's a Kelantanese. So, y'll might wanna this. So read & enjoy.


Kepada sesape yang nak belaja loghat kelantan atau yg
ade hajat nak kahwen dgn org kelantan..baik blajar
kalu x..pening ppalo..heehehe..:P
Ada cerita di sebuah sekolah rendah
di luar Kelate yg guru besarnya orang Kelate. Satu
hari budak-budak ternampak ular. Jadi kata
cikgu,"cepat-cepat lah katok". Budak-budak pun
heran dan jawab balik, "bukan katak cikgu, tapi
ular."
Hmmmm konpius... Katok =pukul, balun, hentam

Vocabulary :
Bokbong = spesis musang
Ttuyup = pepatung
Pok Kor = spesis mengkarung
Ike Kkhonge = ikan cencaru
Gelenyar,Gletah = mengenyam, getik
Absorber = saksoba
Supik Gelenyar = plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab "tuffah" = epal)
Gaduh, bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G' means sabdu)
Saka = gula (sekarang sudah jarang digunakan oleh generasi baru)
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
Ghohok = susah, payah
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don't worry, be happy!!!
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth
enough)

Kelantan + English?? = "Kelantalish"
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result 2. reserved),
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll...

Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG

Ada beberapa "bunga bahasa" dalam loghat
kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang "opocot!!!" atau "oops!!"
DEH? = memohon restu atau persetujuan...lebih kurang "OK?",
GAK = lebih kurang "habis tu.." atau "so.."
PAH? = lebih kurang "GAK"
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = "ya lah.." atau "yes"
DOCK? = lebih kurang "bu(kan)?", "betul tak?" atau "isn't it?"

Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat
Kelantan di anggap
TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis
didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain...
Yang popular digunakan antaranya:
CEBOCK : kita maksudkan 'cedok', selalunya untuk cecair, mencedok
air. Banyak tempat sebelah pantai barat membawa maksud "basuh b***k"
(istinja).
PPATAK : kita maksudkan 'paling bawah'. Mencarut bagi mereka...
JEBUR : kita maksudkan 'botol' (kurang popular sebenarnya, tapi org
tua-tua masih guna perkataan ni...) Kalau silap dengar, lain
maksudnya.
KOTER : kita maksudkan "kelapa tua yang kering tak berair" (ingat
slogan CAWAT KOTE?) di kebanyakan tempat, ianya mencarut juga!!
TTINO : kita maksudkan 'perempuan' t! api bila sebut BETINA, ramai yang
marah.(begitu juga JATE...)
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang
luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK...)Yang fresh
& manis tu dipanggil NIRA.
NNATE : kadangkala "simbol" kemesraan antarakawan...cuba direct
translate jadi BINATANG... Boleh bergaduh nanti...
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud "tidak kena mengena", bagi org KL,
ia bermaksud "kaum kerabat" contradict betul!!!

Biasanya perkataan yang berakhir dengan
`an','am','ang' diganti dengan `e'. cth : Jangan = jange
Lengan = Lenge
Geran = Gere,
Pisang = Pise
Malam=male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.

Akhir sekali, peranan "SABDU" dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan
boleh membezakan langit dengan bumi.
Sekadar contoh,
Tanpa 'sabdu' orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya
disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA
(useless)(tak berguna).
Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap)

so itula tutorial kite ttg bhs kelantan...i enjoy it very much..hope
u too...

Special thanks to Shuhami a.k.a Semmy a.k.a Schumi for this info.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin