Kenduri Kahwin

sumber gambar dari Google


Salam semua..

Cuit sekolah dah datang.
Maka banyak la undangan majlis perkahwinan.
Baru tadi je aku balik dari kenduri kawen
kawan ofis ayah aku di Rawang.

Minggu depan 28 November 2009
sepupu aku pulak yang kawen
dengan pasangan kat rumah perempuan.
So aku kene jadi pengapit sepupu lelaki aku.
Bulan June hari tu dorang bertunang.

Minggu depannye pulak 5 Disember 2009
rumah lelaki pulak.
Pada hari yang sama jugak kawan aku
Syuk akan berkahwin dengan pasangan
di Terengganu.
Maaf syuk.
Aku tak dapat nak pegi.

Esok harinye 6 Disember pulak
kawan aku semase belajar di Kuantan
pulak mengakhirkan zaman bujang.
Majlis diadakan di Felda Keratong Pahang.
Adohyaaii.
Maaf Aminatul.
Aku tak dapat nak datang jugak
sebab pada hari tu aku dalam perjalanan
balik ke Kuala Lumpur.

Minggu seterosnye pulak 12 Disember 2009
jugak ade Majlis Kenduri Kawen 2 kawan aku.
Sorang di Kulim.
Sorang di Terengganu.

Aku tak pasti sama ada aku dapat memenuhi
jemputan mereka itu memandangkan tempatnye
agak jauh.

Haisshh~
Kadang kadang aku terfikir.
Kalau aku tak dapat datang kenduri dorang.
Adekah dorang takkan datang
kenduri aku jugak nanti?

p/s : entry perkahwinan ini sama sekali tidak melibatkan
diri penulis. Harap maklum. =)

8 comments:

Ann Asmara said...

bertambah berat badan la u ni karang. asek makan nasik kenduri jek. :p

Haula Hati said...

eceh...
baru nk tanye tuan empunya dri bila lagi...
:D

C-I-K-I-N-T-O said...

ko kena jadi pengapit tunang ko??weh, bila tunang?x gtau pun...

Meen Eunos said...

Ann Asmara
Tu la pasal u.
bertambah la berat badan i
lepas ni.

This is Mine
Hoho~
Tuan punye blog belom lagi.
Akan diberitahu nanti.
Tunggguuuuu~

Noraishikin Mohd Salleh
Ops.
Tersilap taip.
Sudah dibetolkan.
Nasib baik ko nampak.
Aku belom tunang lagi la noks.

C-I-K-I-N-T-O said...

itu la mak tekejut noks..baru igt nak sentap..xjadi sudey :) mmg byk knduri musim cuti2 ni..klu boley try la penuhkah jemputan..nnt bila turn ko plak, ko akan rasa mcm mana beharganya tgk kawan2 dr jauh dtg..sgt indah perasaan itu..hee

Haula Hati said...

jangan lupe jemput nnti suda la....

*lupa kalu, saya kasi angkat itu bom jangka, letak sama u pnya tempat jugak*

miahahahah~

Dilla Hamid said...

masa tu la nak jumpa balik kawan2 dude =D

Meen Eunos said...

Noraishikin Mohd Salleh
Betol Betol Betol.
Terime kaseh baby. =)

This is Mine
Insya Allah.
Akan dijempot semua.
Siap buat entry pasal
jempotan nanti. =)

Skeleton In A Closet
Aku tau.
tapi camne kalo ade hal lain.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin