Jangan Merungut..!!

Salam semua.

Kite tak habis-habis disajikan dengan isu-isu politik.
Lame-lame kite mual. Boring. Malah bole menjadi
amat menjengkelkan. Kite jangan nak merungut
je. Cube bace beberape list yg ade di bawah.

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. Untuk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perludikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerna itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. Untuk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masihberupaya utk berjalan.

10. Untuk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...



--------------------------------------------------------------------------------


"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"


--------------------------------------------------------------------------------


renung-renungkan laa.

Sumber: email yang dihantar oleh seorang sahabat.

3 comments:

Shimamon said...

quote yg last tu mcm familiar..hmm..

C-I-K-I-N-T-O said...

tersentuh nyah!syukur ke hadrat ilahi =)

Meen Eunos said...

November;
Asal familiar plak?
Sejak bile jadi family nih?
Hohoho~

Cikinto Marcello
Alhamdulillah...
Syukran Jazilan..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin