7 Hari Mencari Cinta

tujuhharimencaricinta.blogspot.com - Merupakan Novel Blog pendek
yang terbaik bagi aku.

Salam semua.

Sedang aku sibuk ber-facebook tadi.
Aku bace status yang dibuat oleh rakan aku Tun Teja
mengenai satu blog ini lantas jariku pantas menekan link
yang tertera.

Pada mulanya sekali imbas saja aku melihat blog persis
novel ini kerana ketika itu aku takde mood untuk
blog-hopping.
Seketika kemudian Teja memberi sedikit komen di-linknya
itu

Tun Teja;
"tu la..harapan xksampaian..semalam da abeh la siri 7 hari...tpi sweet la..i loike..mcm dlm novel tau..."

Lantas aku sekali lagi pantas menekan link ke blog ini.
Aku ingin melihat sendiri ape yang sampai kawan aku ni
cakap "i loike"
Dan aku mula membace, mengamati dan memahami
isi kandungan blog ini dengan susunan ayat, tutur & kata
yang begitu indah.
Seperti membaca novel sebenar.

Tetapi,
aku rupanya sudah terlewat mengetahui kewujudan
blog ini kerana blog ini hanya untuk 7 hari.
Aku kagum.
Aku suke.
Dan aku berharap selepas 7 hari blog ini tidak
akan terus berkubur.

Sempat aku memberi komen kepada penulis.
Dan penulis membalas dengan bertanyakan jika
perlu idea-idea lain untuk membuat blog
ini terus kekal buat tatapan umum.
Aku tidak ade idea buat masa ini.
Kerana bagi aku idea penulis lebih bernas,
lebih tinggi dari jangkauan aku sendiri.

Aku sibuk bekerja.
Dan rata-rata idea aku datang untuk aku
berkarya adalah apabila aku duduk berseorangan
dirumah.
Kadang-kadang idea datang mencurah-curah.

Apepun aku harap perjuangan penulis
untuk merealisasikan impian bertemu gadis
itu tercapai. Mungkin sedikit sahaja harapan.
Tapi bagi aku ini merupakan suatu usaha yang
begitu indah & klasik.

Oh, Ya. Mane-mane rakan blogger yang mungkin
mengenali gadis ini bolehlah inform kepada
tuan blogger itu sendiri.
Mane tahu kalian dapat membantu. Terima kaseh.


p/s : Aku juga mempunyai satu Novel Blog yang hanya untuk tatapan aku saja.
Mungkin satu hari nanti aku akan tunjuk kepada rakan-rakan. :)



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin