Tweet.. Tweet..

Salam semua..

Entry kali ini pasal gamba yang ade kat atas.
Burung ni diberi name twitter.
Aku tak pasti dari spesis ape.
Aku dah cube cari dalam National Geographic
pon tak jumpe jugak.
Berdasarkan lagak gayenye yang comel dan manje,
Aku mengagak burung ni dari spesis burung pipit.
Tapi kenape kalernye biru?

Ape bende ni?
Haiwan peliharaan ke?
Bukan la.
Tapi sumpah aku tak paham sangat
ape fungsi bende-alah ni.
Yang aku dengar dengar orang cakap
fungsinye macam mesej.
Ntah la.
Aku dah daftar.





Fantasy Football


jatoh carta ke no 3. susah gile aku nak potong Dewa FC. *vavi* =p


Tau ke pasal Stadium Astro Fantasy Football?
Mungkin ade yang tau mungkin ade yang tak tau kot.
Tapi aku kat sini bukan nak cerite pasal permainan
ini kat korang.
Aku nak cerite yang aku telah jatoh ke tangga 3 daripada
no 2 selama berminggu berturut turut.

Liga PDN ni aku yang cipta khas untuk
budak budak bujang & tak bujang kat ofis
aku untuk tunjuk bakat macam manager manager
yang ader kat Premier League tu.

Sejak dari gameweek pertama Dewa FC teros
untuk di tangga teratas liga.
Nasib.
Haha~
Bukan power pon team tu. =p

Tapi untuk minggu ini aku buat
percaturan yang silap.
Tidak ade seorang pon pemain
aku berjaya menjaringkan gol
ataupon mendapatkan mata berharga untuk aku.

Takpe.
Takpe.
Masih awal lagi.
Kite tunggu sampai hujung musim.

Barisan kesebelasan utama pada gameweek kali ini.
Sorang striker pon tak score. Taik betol. haha~


Inglorious Basterds

poster movie


Salam semua.

Saje buat entry pasal movie yang
aku baru layan dan aku kerap
ulang balik movie tu; Inglorious Basterds

Bagi yang memahami bahasa Inggeris
maksod tajok cerita ini seperti agak kasar.
Tapi jangan salah sangka.
Cerite ini sangat best.

Aku download je movie ni dari internet.
Lepas habis tengok aku ulang lagi.
Ape yang menarik bagi aku pasal
cerita ini selain jalan cerita
yang tak peningkan kepala-walaupon pada mulanya
aku kurang memahami sehingga aku ulang kali
tengok balik baru la aku faham-ialah kehebatan
pelakon pelakon menjayakan watak watak
masing masing.

Banyak bahasa yang digunakan dalam movie ini
dan aku perlu baca sarikata-English Subtitle.

Dan yes aku katakan.
Aku memang teringin belajar dan ada
kebolehan untuk bertutur
dalam bahasa-bahasa lain.

Bukan itu je.
Bahasa yang dituturkan dalam movie ini
jugak ade slang ataupon dilect yang berlainan.
Menarik..!!
Cuba lah tengok movie ini.

=)


Salam Aidiladha



Selamat Hari Raya Aidil Adha
diucapkan kepada semua umat Islam.

Aku akan balik ke
kampong Melaka hari ini.
Insya Allah lepas waktu bekerja
selepas menghantar seorang rakan
aku ke Hentian Duta petang nanti.

Hari Raya nanti sepupu aku
akan bernikah.
Rasenye selepas Solat Jumaat.
Kemudian kenduri akan diadakan
pada hari Sabtu ni.

Hari Ahad insya Allah aku
akan pulang ke ibukota.

=)

p/s : Tahniah kepada seorang rakan; Nur Hanani Abd Rashid yang
telah melahirkan anaknya pagi tadi pukul 2.19.

Mari Membayar Bil

gambar hiasan sahaje. =)


Salam semua..

Hari ni aku EL.
Kerana aku terlupe nak apply cuti.
Sebab aku nak pegi bayar bil bil aku
yang lame tertunggak.
So tadi aku keluarkan duit gaji.

Bil Maxis dah bayar.
Bil Telefon rumah + Streamyx dah bayar.
Duit kutu dah bayar. (akan dibayar esok dipejabat)
Hutang mak ayah dah bayar.

Perghhh..!!
Ape yang tinggal untuk aku?
Haishh~
Nasib baik bulan depan gaji masok
awal sebab nak Krismes.
Hohoho~

Kenduri Kahwin

sumber gambar dari Google


Salam semua..

Cuit sekolah dah datang.
Maka banyak la undangan majlis perkahwinan.
Baru tadi je aku balik dari kenduri kawen
kawan ofis ayah aku di Rawang.

Minggu depan 28 November 2009
sepupu aku pulak yang kawen
dengan pasangan kat rumah perempuan.
So aku kene jadi pengapit sepupu lelaki aku.
Bulan June hari tu dorang bertunang.

Minggu depannye pulak 5 Disember 2009
rumah lelaki pulak.
Pada hari yang sama jugak kawan aku
Syuk akan berkahwin dengan pasangan
di Terengganu.
Maaf syuk.
Aku tak dapat nak pegi.

Esok harinye 6 Disember pulak
kawan aku semase belajar di Kuantan
pulak mengakhirkan zaman bujang.
Majlis diadakan di Felda Keratong Pahang.
Adohyaaii.
Maaf Aminatul.
Aku tak dapat nak datang jugak
sebab pada hari tu aku dalam perjalanan
balik ke Kuala Lumpur.

Minggu seterosnye pulak 12 Disember 2009
jugak ade Majlis Kenduri Kawen 2 kawan aku.
Sorang di Kulim.
Sorang di Terengganu.

Aku tak pasti sama ada aku dapat memenuhi
jemputan mereka itu memandangkan tempatnye
agak jauh.

Haisshh~
Kadang kadang aku terfikir.
Kalau aku tak dapat datang kenduri dorang.
Adekah dorang takkan datang
kenduri aku jugak nanti?

p/s : entry perkahwinan ini sama sekali tidak melibatkan
diri penulis. Harap maklum. =)

This is where it all begin.

Mungkin Terminator ada kat dalam ni.

Pernah tengok movie Terminator?
Bermula dengan Terminator 1.
Kemudian Terminator 2 : The Judgement Day.
Kendian dengan Terminator 3 : Rise Of The machines.
Dan Terminator Salvation.

Aku minat cerite fiksyen tu.
Menarik.
Tapi aku tak paham sangat plot plot cerite.
Sehingga la aku bace Wikipedia.
Baru la aku dapat paham.

Terminator dicipta oleh Skynet.
Skynet ni kononnye yang mengusai dunia.
Tadi aku terjumpe van Skynet.
Mungkinkah disitu bermulanye Terminator?
Hohoho~

p/s: Sekadar hiburan semata-mata. =)

Balik Kampong.

gambar diambil pada bulan Jun 2009. Uncle Meen & Amer Najmuddin. xoxo

Salam semua.

Aku baru je sampai dari kampong.
Semalam aku balik kampong.
Biaselaa.
Bile duit dah tak berape nak mengizinkan
untuk aku berfoya-foya dengan rakan-rakan,
maka aku pon balik la kampong.

Eh?
Macam mane boleh balik kampong kalau
duit takde??

Aku dok dengan parent aku.
Parent aku still keje lagi.
Depa goverment servant. (aku pon)
So aku ikot la depa balik kampong sekali.
Naik satu kereta.
Kan?
hoho~

Dapat jugak jumpe anak sedare aku
yang makin membesar dengan gelagat
yang menghiborkan hati aku.

Mwaah~

Lambatnye..

Lambatnye nak tunggu masok gaji ni.
Hati dah memberontak je nak berfoya-foya
dengan rakan-rakan.
adohyaiii.

=(

Gentleman.. Start Your Engine..

dapat naik moto pon jadi la. nak tunggang orang tu tak kasi pulak. =)

Salam

Lame jugak tak update blog ni.
Tak tahu la.
Mungkin rase malas.
Sebab tak tahu ape yang nak di updatekan.
Padahal bole je kalo kite rajin.
Pokoknye kite sendiri.
Kan?

Tepok dada, tanya la iman. =)

So aku nak recap balik
aktiviti aku last month yang aku tak update.
Pasal yang aku dapat tiket tengok moto GP tu.
Pada hari tu, aku dan beberape rakan aku
pegi la tengok moto GP kat Litar Sepang.

Itu la first time aku dapat gi Litar Sepang.
korang jangan la nak berlagak dengan aku
kalo ade yang sudah banyak kali datang sane.
Aku ni bukan ape.
Keje gaji kecik je. Kalau setakat nak tengok
orang lumbe moto atau kereta kat Sepang tu
tapi kene bayar mahal mahal tu yang aku rase
ralat sangat tu.

Bukan kedekot nak keluar duit
Cume bile di fikirkan masih ada
bende yang lebih penting kalo nak
dibandingkan tiket yang mahal.
Tapi katekan la tiket murah
ape salahnye kan?

Ni alang alang dapat tiket free.
takkan nak lepaskan peluang pulak.

Jakun jugak la dapat gi Sepang.
Maklom la aku orang kampong. haha~
tapi aku cover konon konon da biase la. =p

Untuk pengetahun.
Aku tengok moto GP tu tak duduk kat grand stand.
Tapi kami semua dapat duduk kat paddock stand.
Tempat ala-ala VIP la.
Dapat makan free. tu yang aku nak. sebab aku kuat makan.
Hoho~

Dapat la jugak aku merase tengok moto GP.
Dapat la jumpe Stoner & Hayden.
Cume tak sempat nak bersembang & tukar no telefon. =p

Lain kali nak try pegi F1 pulak la.
Bole kan Ann Asmara..? =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin