Why Do People Yawn

Malam tadi aku masuk tido lambat. Siang aku kuar jumpe kawan aku sampai la ke malam. Ingat malam tu aku nak masuk tido awal. Yela, satu hari aku keluar. Esok[hari ini] nak keje. Tapi entah kenape aku tak bole nak masuk tido. Aku ni pon memang susah sangat nak tido awal. Bangun pagi bukan main liat. Bercinta rasenye nak bangun. Buruk betolkan. Tapi tak la bermakne aku tak penah bangun awal. Mungkin tido tu salah satu kenikmatan pemberian Allah SWT selepas kawen & makan. Aku dengar orang yang cakap.
So pagi ni pegi keje ni entah kenape aku bole bangun awal. Alhamdulillah. Aku bersiap & gerak pegi keje. Lepas je minom pagi, aku rase mengantok je. Menguap je aku ni. Mujur AJ chatting dengan aku. Hilang la skit rase ngantok tu. So aku terfikit nape kite ni menguap? Orang cakap sebab oksigen tak sampai otak. Bagi orang lelaki, hisap rokok je laa. Konon-konon dapat laa asap rokok yg penoh dengan tar jalan raye, racun rumput tu menular dalam darah lalu meresap masuk ke otak. Cet~ Teori saintis mane tu??
Aku pernah tengok Discovery Channel satu ketika dulu. Berkaitan menguap ni [yawning]. Depa ni dok kaji pasal menguap ni. Depa kata menguap ni macam penyakit. Bile kite menguap, mesti ade org yg berape lingkungan kite mesti nak menguap jgk kan??! Dan bile da tengok fakta tu, mmg BENAR!! Aku dapati bile aku menguap je, mesti ade orang lain ikot menguap jagak. Tapi takde la setiap mase gejale ni terjadi. Mungkin kebarangkalian terjadi adalah sedikit.. Pelik tp Benar! Itu laa kejadian dari Allah SWT yg maha Agung.
Korang menguap tak time bace entry aku ni? Harap-harap tak ramai. Hohoho~

Prosperous times are back!! Nyum~ Nyum~

Prosperity Burger yang mengiurkan


Seperti kite sume tahu, prosperity Burger dari Mac Donalds kembali lagi. Bile nak datang je Tahun Baru Cina mesti burger ni keluar kat pasaran. Tengok kt iklan-iklan kt dalam televisyen bukan main lagi. Meleleh-leleh air liur.


Aku mule makan prosperity burger ni time aku blaja kt Kuantan dulu. Time tu duk luar duk rumah sewa sendiri. So, enjoy & bebas laa sikit nak keluar ke ape ke. Tapi takde laa bebas mane pon. Jarang jugak aku keluar (nanti aku akan critekan nape). Sedap jugak prosperity ni. Pedas. Mane taknye. Pakai sos blackpaper tu. Tapi tak laa menyengat sangat. Pedas lagi asam pedas or lemak cili api mak aku masak.


Tadi aku baru je makan prosperity burger tu kt Mc Donalds. Kali ni prosperity ade dua keping daging dalam satu prosperity. Double!! Aku cume makan yang single je tadi. Bukan ape. Takut tak larat nak habiskan je.


Tapi rasenye tak mengecewakan langsung beb! Sedap! Sampai aku jilat jari. Nampak macam tak senonoh je tapi ape aku peduli...!! Aku da bayar la nak makan burger tu. So, kepada korang yang memang gemar makan kat Mc Donalds tu ape tunggu lagi. Pegi laa cepat sebelom kehabisan.





p/s: Prosperity takde yang daging ayam lagi. Lambat skit. Nanti baru keluar.

*Pros·per·i·ty (pro sper'i tē), n. the state or condition of flourishing of being successful

New Job New Place New Enviroment

Hye semua.

Kini aku sudah bekerja dengan kerajaan (orang kampung dulu² cakap "gomen"). Aku bekerja di Pusat Darah(bukan Dara ye) Negara sebagai Pengarah disitu. Hohoho~ Jangan laa harap aku jadi pengarah pulak. Aku sebagai Pembantu Tadbir Kewangan gred W17. Bunyi macam hebat je kerjaya aku ni. Tapi sebenarnye lebih kepada kerja pengkeranian dan lebih ke arah bahagian kewangan.
Sudah 2 minggu aku di tempat baru tu. Aku lapor diri pada 1 Disember 2008. Tempat baru. Kawan baru. Semua da tak same macam aku kerja Pos dulu. Yela, aku pon dah lame x update blog ni. Dulu bukan main lagi bersemangat nak buat blog. Poyo ye lebih. Mane taknye. Dulu mane sibuk sangat pun. Lepas keje dengan Pos Malaysia Berhad aku da mule takde mase.
Sekarang tempat baru ni ade PC sendiri so kalau ade mase terluang tu bole laa jugak aku update time keje.
So aku harap aku akan terus karang blog aku ni. Tak kesah laa kalau takde manusia yang nak bace pon. Janji dapat laa aku tulis ape yg aku suke kat sini. Nak buat diari lagi laa tak best beb. Ni da zaman teknologi canggih. Ape barang tulis kat buku. Hohoho~ Ok laa. Aku nak tido la. Esok keje ni bai. Petang esok aku ade game friendly dengan Pudu apebende ntah. So, dapat laa aku berjinak semula bola padang setelah sekian lame aku tinggalkan semase dikolej dulu. Gerenti pancit punye. Salu main futsal je..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin