Malam tadi aku masuk tido lambat. Siang aku kuar jumpe kawan aku sampai la ke malam. Ingat malam tu aku nak masuk tido awal. Yela, satu hari aku keluar. Esok[hari ini] nak keje. Tapi entah kenape aku tak bole nak masuk tido. Aku ni pon memang susah sangat nak tido awal. Bangun pagi bukan main liat. Bercinta rasenye nak bangun. Buruk betolkan. Tapi tak la bermakne aku tak penah bangun awal. Mungkin tido tu salah satu kenikmatan pemberian Allah SWT selepas kawen & makan. Aku dengar orang yang cakap.
So pagi ni pegi keje ni entah kenape aku bole bangun awal. Alhamdulillah. Aku bersiap & gerak pegi keje. Lepas je minom pagi, aku rase mengantok je. Menguap je aku ni. Mujur AJ chatting dengan aku. Hilang la skit rase ngantok tu. So aku terfikit nape kite ni menguap? Orang cakap sebab oksigen tak sampai otak. Bagi orang lelaki, hisap rokok je laa. Konon-konon dapat laa asap rokok yg penoh dengan tar jalan raye, racun rumput tu menular dalam darah lalu meresap masuk ke otak. Cet~ Teori saintis mane tu??
Aku pernah tengok Discovery Channel satu ketika dulu. Berkaitan menguap ni [yawning]. Depa ni dok kaji pasal menguap ni. Depa kata menguap ni macam penyakit. Bile kite menguap, mesti ade org yg berape lingkungan kite mesti nak menguap jgk kan??! Dan bile da tengok fakta tu, mmg BENAR!! Aku dapati bile aku menguap je, mesti ade orang lain ikot menguap jagak. Tapi takde la setiap mase gejale ni terjadi. Mungkin kebarangkalian terjadi adalah sedikit.. Pelik tp Benar! Itu laa kejadian dari Allah SWT yg maha Agung.
Korang menguap tak time bace entry aku ni? Harap-harap tak ramai. Hohoho~