Salam semua..
Lame tak buat entry kat blog aku ni.
Entah laa.
Mungkin trend blog ni dah mula vaporise
dalam minda aku.
Mood untuk blogging aku diganggu dengan
aktiviti-aktiviti aku yang kian padat.
Sepanjang aku menyepi dari arena blogging ini,
terlalu banyak perkara yang terjadi dan tidak
sempat untuk aku kongsikan.
Semenjak dah pakai Blackberry ni,
dunia internet hanya dihujung jari.
So kat sini aku nak cube post satu entry
menggunakan BB aku ni.
Nanti kalau ade mase aku update lagi.
Selamat Bertunang

bergambar kenangan bersama yang kene tunang; Noor Azilah Abd Aziz
dan Mohd Farhan Yahya diapit bersama idola idola kecil
Salam semua.
Lame tak update blog.
Nampak bersawang je.
Baru baru ni hari ahad
bersempena tarikh cantik 10.10.10, seorang rakan
kami sewaktu sama sama belajar sekolah asrama dulu
berjaya mengikatkan tali pertunangan dgn jejaka
pilihan hatinya.
Aku bersama Pa'an turut memeriahkan majlis
kawan kami ini. Ingatkan ramai kawan kawan lain
yang datang but it turn out hanya aku & Pa'an saje
yang dapat datang memeriahkan majlis.
Insya Allah nanti bile tibe mase untuk mereka
di ijabkabulkan, aku & Pa'an akan datang bertandang
lagi. Terime kaseh atas layanan yang diberikan
sewaktu kami datang hari tu. sangat first class.
=)
Raya Ketiga

menuju ke Jambatan Pulau Pinang

Menuruni Jambatan Pulau Pinang. Nampak
dah bandar Pulau Pinang. Teruja. :)
makan Laksa Penang di Batu Feringghi.
Sedap.
kawan dipejabat aku ni akan buat
kenduri kawin. Die orang Penang.
Boleh datang sini lagi. :))
kemudian perjalanan pulang ke KL diteruskan lagi. Sesak teramat sangat
ketika masuk di Plaza Tol Juru sampai la di hentian rehat dan rawat
Sungai Perak. Baru la lega dan clear sikit. Hampir 6 jam duk dalam kereta.
Tiba di Kuala Lumpur kire kire jam 1 pagi.
รεlﻪოﻪէ ﻪгﻨ гﻪկﻪ ﻪժﻨlfﻨէгﻨ ოﻪﻪF չﻪհﻨг ռ ъﻪէﻨռ
Raya Kedua
ke destinasi seterusnye iaitu di utara
tanah air.
Aku akan menuju ke Kampung Titi Besi
di Kepala Batas Kedah bersama parent aku.
Mak Lang aku ataupon kakak nombor tiga
kepada mak aku dudok di Kedah sane bersama
Pak Lang aku.
Nenek aku jugak dudok di rumah Mak Lang
sebab Mak Lang sudah berpencen & tidak
bekerja. Maka Mak Lang menjaga nenek
aku di Kedah.
Perjalanan ke arah utara kali ini agak
hambar kerana tidak terlalu banyak kereta
yang ada. Jalan agak lengang.
Bagaimanapon apabila singgah di hentian
rehat dan rawat, aku dapati ramai jugak
yang ada. Mungkin berjalan raya barangkali.
Kami tiba di Kedah time suboh dan breakfast
di sekitar kawasan Kepala Batas.
Terkejut sebab ada gerai yang sudah mula
beroperasi walaupon raya kedua.
Sedap nasi lemak lauk ayam di Kepala Batas ni.
Harga pon berpatutan. Kenyang.
:)
Kemudian kami tiba di rumah Mak Lang.
Salam pelok cium tangan semua.
Berjumpe sanak saudara.
Makan minum juadah yang ada.
Disebelah petangnye,
ayah aku ajak makan laksa di Kuala Perlis
dan kemudiannya jalan jalan disekitar bandar
Alor Star.
Tapi sayang sekali laksa Kuala Perlis belum
beroperasi lagi sebab masih berhari raya.
Kempunan nak makan laksa.
Pada sebelah malamnye aku join
sepupu aku ngeteh di bandar Alor Star
sehingga pukul 1 lebih.
Esok paginye kami dah nak gerak
balik ke ibukota Kuala Lumpur
disamping ada acara singgah-menyinggah
di mana-mana tempat.
Raya Pertama

bersama sepupu sepupu dengan tema raya rahun ini;
Hijau Daun
Program bagi raya pertama.
Seperti tahun tahun lepas dan sebelumnye.
Pagi pagi suboh kami semua dah kene
bangun untuk menunaikan solat suboh
berjemaah bersama semua sanak saudara.
Bertakbir raya dan terus menikmati juadah
hari raya seperti nasi impit bersama kuah
kacang, lodeh, sambal sotong.
Tahun ni takde lemang.
Selepas solat raya.
Kami semua bergamba bersama
sanak saudara disamping waris-waris
datang menziarahi.
Kami juge tidak lepas untuk datang
menziarahi sanak saudara dan waris-waris
yang lain.
Raya kali ini tak berape best bagi aku.
Aku perlu berehat sebab malam nanti
aku akan drive untuk pulang ke ibukota.
Dan seterusnye gerak ke utara untuk
berjumpe keluarga sebelah emak di
Kepala Batas, Kedah pulak.
Satu perjalanan yang memenatkan.
So malam aku bertolak kire kire
jam 10 malam untuk ke KL dan tiba
di ibukota pada pukul 12 lebih.
Jalan raya lengang. tak banyak kereta.
seronok rase kalau tiap tiap hari macam ni.
Takde la jem je memanjang.
Entry ini akan diteruskan ke
part raya kedua memandangkan
aku akan terus bertolak ke utara
sejurus tiba di ibukota
Subscribe to:
Posts (Atom)



