Salam Lebaran Minal Aidil Wal Faizin

Salam Lebaran Minal Aidil Walfaizin di ucapkan

kepada semua rakan taulan & sahabat handai semua

yang mengenali diriku ini.

Andai kata terlanjur bicara ingin aku mengulur

ampun seribu kemaafan dihari raya yang mulia ini.


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Balik Raye

sumber dari encik google

Salam semua.

Pejam celik pejam celik
kite dah pon sudah hampir ke
penghujung bulan mulia yang penuh
keberkatan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Tatkala entry ini di-post-kan,
hanya tinggal empat hari sebelom kite semua
muslimin & muslimat akan menyambut detik
kemenangan dengan berhari raya.

Segala persiapan sudah pon disediakan dengan
keadaan ala kadar sahaja memandangkan
tahun ini tahun yang tak berape masyukkk~
Terlalu banyak bende yang perlu diutamakan
terlebih dahulu sebelum memikir untuk bersuka ria.

Insya Allah tahun ini aku akan pulang beraya
ke kampung halaman ibu & bapa aku di Melaka.
Seperti tahun tahun sebelumnya, sambutan hari
raya di kampung halaman tetap meriah dengan
kehadiran sanak saudara mara berkumpul bersama.

Di kesempatan yang ada ini aku ingin memohon ampun
silap dan maaf andai kata selama ini aku terlanjur bicara,
terlanjur kata, terlanjur semacam perkara kerana aku
ini hanya insan yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.
Semoga Aidilfitri kali ini memberi seribu makna kepada
diri aku dan keluarga aku sendiri.






Ayam Percik oh Ayam Percik

bukan Ayam Percik lima ringgit yang sebenar.
Gambar hiasan sahaja. :p

Salam Ramadhan.

Puase kali ini,
baru tadi aku dapat pegi Bazar.
Seronok pegi bazar tengok gelagat orang
disamping membeli sedikit makanan untuk
juadah berbuke puase.

Kenangan paling best bile pegi bazar
time aku belajar kt Kuantan dulu.
Memang seronok pegi bazar kat sane.
Bermacam-macam jenis makanan
dan lauk pauk yang ada dijual.

Antara makanan favourite aku
kalau datang ke bazar ni;
Murtabak,
Roti Jala,
Ayam percik.

Tadi aku datang Bazar kat area Pantai Dalam.
Adik aku pesan suroh beli Ayam pecik.
Terkejut aku dengar makcik peniaga tu
jual ayam percik kecik ala kadar dengan harga
lima ringgit.
Kalau tak silap aku tahun lepas baru tiga ringgit lebih je.

Ingatkan bulan puase ni dapat la berjimat sikit duit.
Tapi kalau da macam tu harganye.
Baik makan lauk kat rumah ataupun
makan beli kat restoran je.

Kot ye pon nak untung biarlah berpada-pada kan.
Semua orang nak untung. Sape yang nak rugi.
Tapi jual tu biar ade rase nak sedekah.
Kalau nak jual lima ringgit pon biar la ayam tu
besar sikit.
Takde la rase ralat sangat.
Macam macam ragam peniaga nak kaut untung cepat.
Nak untung cepat pegi masuk skim cepat kaye tu.
:p




Salam Ramadhan Al Mubarak


Salam Ramadhan semua.

Pejam celik pejam celik.
Kejap je dah masok bulan puasa.
Rase macam baru semalam sambot Hari Raya.
Lame jugak aku tak update blog aku ni.
Tahun ni kurang produktif la untuk
membuat entry-entry blog.

Tak mengapa.
Aku cube jugak untuk post entry
seberape banyak yang mungkin.

Alhamdulillah.
Kite sudah lima hari menjalani
ibadah berpuase di bulan yang mulia ini.
Aku harap ramadhan kali ini lebih baik
daripada ramadhan yang lepas.

Tak lame lagi dah nak raye.
Kene buat persiapan raye pulak.
Baju raye, kuih raye, awek raye?
eh?
tak tak.
Duit raye tu yang selalu ditunggu-tunggu.
Tahun ni duit raye takde kot.
Ceupacs tak bagi duit raye pon.
:p


7 Hari Mencari Cinta

tujuhharimencaricinta.blogspot.com - Merupakan Novel Blog pendek
yang terbaik bagi aku.

Salam semua.

Sedang aku sibuk ber-facebook tadi.
Aku bace status yang dibuat oleh rakan aku Tun Teja
mengenai satu blog ini lantas jariku pantas menekan link
yang tertera.

Pada mulanya sekali imbas saja aku melihat blog persis
novel ini kerana ketika itu aku takde mood untuk
blog-hopping.
Seketika kemudian Teja memberi sedikit komen di-linknya
itu

Tun Teja;
"tu la..harapan xksampaian..semalam da abeh la siri 7 hari...tpi sweet la..i loike..mcm dlm novel tau..."

Lantas aku sekali lagi pantas menekan link ke blog ini.
Aku ingin melihat sendiri ape yang sampai kawan aku ni
cakap "i loike"
Dan aku mula membace, mengamati dan memahami
isi kandungan blog ini dengan susunan ayat, tutur & kata
yang begitu indah.
Seperti membaca novel sebenar.

Tetapi,
aku rupanya sudah terlewat mengetahui kewujudan
blog ini kerana blog ini hanya untuk 7 hari.
Aku kagum.
Aku suke.
Dan aku berharap selepas 7 hari blog ini tidak
akan terus berkubur.

Sempat aku memberi komen kepada penulis.
Dan penulis membalas dengan bertanyakan jika
perlu idea-idea lain untuk membuat blog
ini terus kekal buat tatapan umum.
Aku tidak ade idea buat masa ini.
Kerana bagi aku idea penulis lebih bernas,
lebih tinggi dari jangkauan aku sendiri.

Aku sibuk bekerja.
Dan rata-rata idea aku datang untuk aku
berkarya adalah apabila aku duduk berseorangan
dirumah.
Kadang-kadang idea datang mencurah-curah.

Apepun aku harap perjuangan penulis
untuk merealisasikan impian bertemu gadis
itu tercapai. Mungkin sedikit sahaja harapan.
Tapi bagi aku ini merupakan suatu usaha yang
begitu indah & klasik.

Oh, Ya. Mane-mane rakan blogger yang mungkin
mengenali gadis ini bolehlah inform kepada
tuan blogger itu sendiri.
Mane tahu kalian dapat membantu. Terima kaseh.


p/s : Aku juga mempunyai satu Novel Blog yang hanya untuk tatapan aku saja.
Mungkin satu hari nanti aku akan tunjuk kepada rakan-rakan. :)



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin