Jalan Jalan Cari Makan.

gambar hiasan aje.


Salam semua..

Aku suke sangat makan.
Tapi aku tak gemok.
Aku juge tak kurus.
Tapi aku suke sangat makan.

Bagi aku makan ni
memang merupakan
satu nikmat yang dianugerahkan
oleh Allah swt selepas tido dan kawen.

So aku ingat aku nak
buat satu blog tambahan berkaitan
dengan kedai kedai makan or
makanan makanan yang pernah aku makan.
Kire macam Jalan Jalan Cari Makan kat TV3
yang Maria Tunku Sabri buat tu.

Secara tak langsung mungkin
aku dapat promote kedai or
makanan tu kan.

Aku akan mulekan dalam
masa terdekat ni.
So link ke 'Kedai Makan' aku tu
nanti akan aku postkan.


p/s: Blog tu khas untuk orang yang kuat makan aje. haha~



Tahniah.Belajar Rajin Rajin Nanti Bile Dah Besar Bole Jadi Doktor.

gambar hiasan saje yang aku dapat dari Google.


Salam

Maaf.
Banyak kali aku minta maaf sebab
aku jarang update blog aku ni.

Bulan Disember ni bulan sibok aku.
Orang cakap bulan ni bulan mengawan.
Sebab ramai orang buat majlis kawen.
Dari awal bulan sampai da nak hujung ni
orang dok jempot aku pegi makan free je.
Tak perlu la tanye aku punye majlis bile
sebab aku takde jawapan.
Hoho~

So alang alang ade kesempatan ni.
Aku cube untuk update jugak blog aku
kat office ni.
Bersempena dengan keputusan PMR ni,
aku nak ucapkan TAHNIAH
kepada 2 orang adek sepupu aku
yang berjaya dapat keputusan cemerlang.

Ainur Hanisah Binti Muhammad - 8A 1B

Asri - 7A kot kalo tak silap aku.
sebab aku tak sempat jumpe die time aku
balik kampong semalam.

tak lupe juge kt kawan blog aku Dila Awesome
yang dapat 7A 1B.

Tahniah sekali lagi sebab korang berjaya
membanggakan ibubapa korang.



p/s: dulu aku dapat 5A 3B je. tak tipu.




setahun sudah berlalu

cuba laa teka kat mane ni. =)

Salam semua..

Pejam celik pejam celik.
Dah setahun aku kerja kat tempat baru ni.
Kat mane aku keje?
Dulu aku penah cerite.
tak tau la korang ingat ke tak?

Dalam masa setahun jagung ni.
Berbagai-bagai dah aku lalui.
Semua ada.
Takkan aku nak cerita semua kan.
Dua kali raye pon belom tentu habis.
=)

Ape nak cakap?
Semoga aku teros lebih
cemerlang dan berjaya la hendaknye.
Ceewaah.
Macam kata kata perangsang bagi
kat budak nak jawab peperiksaan SPM pulak.

Apepon
Terime kaseh semua.
Terime kaseh yang tak terhingga.




Tweet.. Tweet..

Salam semua..

Entry kali ini pasal gamba yang ade kat atas.
Burung ni diberi name twitter.
Aku tak pasti dari spesis ape.
Aku dah cube cari dalam National Geographic
pon tak jumpe jugak.
Berdasarkan lagak gayenye yang comel dan manje,
Aku mengagak burung ni dari spesis burung pipit.
Tapi kenape kalernye biru?

Ape bende ni?
Haiwan peliharaan ke?
Bukan la.
Tapi sumpah aku tak paham sangat
ape fungsi bende-alah ni.
Yang aku dengar dengar orang cakap
fungsinye macam mesej.
Ntah la.
Aku dah daftar.





Fantasy Football


jatoh carta ke no 3. susah gile aku nak potong Dewa FC. *vavi* =p


Tau ke pasal Stadium Astro Fantasy Football?
Mungkin ade yang tau mungkin ade yang tak tau kot.
Tapi aku kat sini bukan nak cerite pasal permainan
ini kat korang.
Aku nak cerite yang aku telah jatoh ke tangga 3 daripada
no 2 selama berminggu berturut turut.

Liga PDN ni aku yang cipta khas untuk
budak budak bujang & tak bujang kat ofis
aku untuk tunjuk bakat macam manager manager
yang ader kat Premier League tu.

Sejak dari gameweek pertama Dewa FC teros
untuk di tangga teratas liga.
Nasib.
Haha~
Bukan power pon team tu. =p

Tapi untuk minggu ini aku buat
percaturan yang silap.
Tidak ade seorang pon pemain
aku berjaya menjaringkan gol
ataupon mendapatkan mata berharga untuk aku.

Takpe.
Takpe.
Masih awal lagi.
Kite tunggu sampai hujung musim.

Barisan kesebelasan utama pada gameweek kali ini.
Sorang striker pon tak score. Taik betol. haha~


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin