Inglorious Basterds

poster movie


Salam semua.

Saje buat entry pasal movie yang
aku baru layan dan aku kerap
ulang balik movie tu; Inglorious Basterds

Bagi yang memahami bahasa Inggeris
maksod tajok cerita ini seperti agak kasar.
Tapi jangan salah sangka.
Cerite ini sangat best.

Aku download je movie ni dari internet.
Lepas habis tengok aku ulang lagi.
Ape yang menarik bagi aku pasal
cerita ini selain jalan cerita
yang tak peningkan kepala-walaupon pada mulanya
aku kurang memahami sehingga aku ulang kali
tengok balik baru la aku faham-ialah kehebatan
pelakon pelakon menjayakan watak watak
masing masing.

Banyak bahasa yang digunakan dalam movie ini
dan aku perlu baca sarikata-English Subtitle.

Dan yes aku katakan.
Aku memang teringin belajar dan ada
kebolehan untuk bertutur
dalam bahasa-bahasa lain.

Bukan itu je.
Bahasa yang dituturkan dalam movie ini
jugak ade slang ataupon dilect yang berlainan.
Menarik..!!
Cuba lah tengok movie ini.

=)


Salam Aidiladha



Selamat Hari Raya Aidil Adha
diucapkan kepada semua umat Islam.

Aku akan balik ke
kampong Melaka hari ini.
Insya Allah lepas waktu bekerja
selepas menghantar seorang rakan
aku ke Hentian Duta petang nanti.

Hari Raya nanti sepupu aku
akan bernikah.
Rasenye selepas Solat Jumaat.
Kemudian kenduri akan diadakan
pada hari Sabtu ni.

Hari Ahad insya Allah aku
akan pulang ke ibukota.

=)

p/s : Tahniah kepada seorang rakan; Nur Hanani Abd Rashid yang
telah melahirkan anaknya pagi tadi pukul 2.19.

Mari Membayar Bil

gambar hiasan sahaje. =)


Salam semua..

Hari ni aku EL.
Kerana aku terlupe nak apply cuti.
Sebab aku nak pegi bayar bil bil aku
yang lame tertunggak.
So tadi aku keluarkan duit gaji.

Bil Maxis dah bayar.
Bil Telefon rumah + Streamyx dah bayar.
Duit kutu dah bayar. (akan dibayar esok dipejabat)
Hutang mak ayah dah bayar.

Perghhh..!!
Ape yang tinggal untuk aku?
Haishh~
Nasib baik bulan depan gaji masok
awal sebab nak Krismes.
Hohoho~

Kenduri Kahwin

sumber gambar dari Google


Salam semua..

Cuit sekolah dah datang.
Maka banyak la undangan majlis perkahwinan.
Baru tadi je aku balik dari kenduri kawen
kawan ofis ayah aku di Rawang.

Minggu depan 28 November 2009
sepupu aku pulak yang kawen
dengan pasangan kat rumah perempuan.
So aku kene jadi pengapit sepupu lelaki aku.
Bulan June hari tu dorang bertunang.

Minggu depannye pulak 5 Disember 2009
rumah lelaki pulak.
Pada hari yang sama jugak kawan aku
Syuk akan berkahwin dengan pasangan
di Terengganu.
Maaf syuk.
Aku tak dapat nak pegi.

Esok harinye 6 Disember pulak
kawan aku semase belajar di Kuantan
pulak mengakhirkan zaman bujang.
Majlis diadakan di Felda Keratong Pahang.
Adohyaaii.
Maaf Aminatul.
Aku tak dapat nak datang jugak
sebab pada hari tu aku dalam perjalanan
balik ke Kuala Lumpur.

Minggu seterosnye pulak 12 Disember 2009
jugak ade Majlis Kenduri Kawen 2 kawan aku.
Sorang di Kulim.
Sorang di Terengganu.

Aku tak pasti sama ada aku dapat memenuhi
jemputan mereka itu memandangkan tempatnye
agak jauh.

Haisshh~
Kadang kadang aku terfikir.
Kalau aku tak dapat datang kenduri dorang.
Adekah dorang takkan datang
kenduri aku jugak nanti?

p/s : entry perkahwinan ini sama sekali tidak melibatkan
diri penulis. Harap maklum. =)

This is where it all begin.

Mungkin Terminator ada kat dalam ni.

Pernah tengok movie Terminator?
Bermula dengan Terminator 1.
Kemudian Terminator 2 : The Judgement Day.
Kendian dengan Terminator 3 : Rise Of The machines.
Dan Terminator Salvation.

Aku minat cerite fiksyen tu.
Menarik.
Tapi aku tak paham sangat plot plot cerite.
Sehingga la aku bace Wikipedia.
Baru la aku dapat paham.

Terminator dicipta oleh Skynet.
Skynet ni kononnye yang mengusai dunia.
Tadi aku terjumpe van Skynet.
Mungkinkah disitu bermulanye Terminator?
Hohoho~

p/s: Sekadar hiburan semata-mata. =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin