

Above-Below : Nasi Beriyani Resoran Insaf, Makan besar di Putra Heights Subang Jaya
Salam semua.
Bosan dok rumah
dihujung minggu.
Aku keluar ke bandaraya
untuk menyelesaikan beberapa urusan.
Pertama;
Aku ke Maxis Branch kat
Maju Junction untuk membayar
bil handphone aku.
Kenapa tak pakai online payment?
Sebab aku penah cube tapi
tak jadi.
Tak pe.
Tak payah ajar aku sebab aku rase
lebih seronok untuk bayar dikaunter.
Tak susah pon.
Kedua;
Kakak ditempat kerja aku Kak Ida
meminta aku untuk membeli
Kamera Digital dengan budget
Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja.
As she expecting her first new born baby,
maybe die nak snap gamba baby die
dengan kamera itu.
So aku beli kamera model Canon
berharga
Ringgit Malaysia Empat Ratus Empat Puluh Lapan Sahaja
10 megapixel.
Harga promosi.
Selesai.
Ketiga;
Aku melintas jalan ke Pejabat Pos Medan Tunku
untuk membayar bil telefon rumah + streamyx aku.
Selesai.
Keempat;
Aku lapar.
Sebab aku tak makan lagi dari pagi.
Jam menunjukkan pukul 3.30 dan
aku teringin nak makan nasi beriyani
Restoran Insaf di Jalan Tunku Abdul Rahman.
Aku menapak ke arah tempat tu.
Sedap.
Harga pon sedap.
Takpe
Sekali-sekali.
Seorang teman bagitau aku yang
Restoran Insaf termasok dalam restoran
yang kotor melalui email yang die pernah
dapat.
Betol ke?
Bile aku fikir balik
kedai lain pon bukan bersih sangat pon.
Tak percaye?
Percaye la.
Aku taknak cakap.
Takot hilang korang punye
appetite nak makan nanti.
Asalkan time aku tengah
mengunyah makanan tu aku
tak jumpe lipas dalam makanan
dah la.
Kenyang. Alhamdulillah.
Semua urusan selesai.
Jam menunjukkan 4.15 petang.
Member aku Buja ajak aku lepak
rumah sewa die.
Aku pon gerak ke sane.
Aku lepak jap rumah die
sambil berborak-borak.
Kemudian kiteorang ke Subang Jaya
bertemu member same-same belajar
di Kuantan dulu.
Lame tak jumpe.
Die nak belanje makan.
Terime kaseh Watie.
Kenyang lagi. Alhamdulillah.
Terime kaseh semua.