" Elok-elok la sikit," kata Julia lembut.

Sambil membetulkan pakaianAhmad.
Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah,ayah, cepat la yah,"

Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar
nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya
itu melayan karenah anak-anak mereka yangcomel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan"
"Baru kali ni abang ada peluang untukcuti panjang."

Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam.
Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang, Begitu juga dengan isterinya,Julia.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya.
Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok.

Ahmad dah tak sabar untuk segera sampaike kampungnya.
Pedal minyak ditekannyalagi dan Honda Civicnya mula memecut.

Ahmad cilok kiri, cilok kanan.

Habis semua kenderaan dipotongnya.
Bangga betul Ahmad masa tu.
Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?"

tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar.Biar lambat takapa... .jangan laju sangat bang, Juliatakut."
Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa,"

Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa.. kan , tengok.Tak ada apa-apakan ?" kata Ahmad setelah berjayamemotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satulagi bas ekspres. Juliatengok abang motong dia aaa.... ."

Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Ahmad terus membelok ke kanan
untuk memotong

dan....

di depannya tersergam sebuah lori balak

yang besar dan gagah

dan...

... BANG!!.

"Julia... .bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya.
Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana abang Ahmad mak? "
"Macammana dengan suami saya, mak? Liza,Linda... .mana anak-anak saya mak?"

Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya.
Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi.
Juliamenangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Maca mana dengan suami Julia mak,abang Ahmad?"
Julia masihterus menangis.




PANGGG!!!!


Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba.
Juliaterdiam....

"Kenapa emaknya buat dia macamtu?

"Banyak la engkau punya suami!

Mukadahlah tak cun, study pun malas, kerjapun takde, ada hati nak berlaki.

Apapunya anak dara la kau ni??

Tu la,tidur lagi senja-senja macam ni!

Dah!!

Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut

sambil berlalu keluar.......

dan Juliatersengih keseorangan.
Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!!!















Moral cerita: Solatlah Asar terlebih dahulu sebelum dipelempang oleh ibuanda.MUAHHAHAHAHAHAHAH! !!!!

8 comments:

  1. salam,
    keh..keh..keh..lawak lah Julia nih..mula2 baca AJ da feelings daa..towards d end..laaaa..baek punya mimpi!!
    Meen..lawa blog!!

    ReplyDelete
  2. tau xpa..sedih ngenang naseb julia yg kehilangan huband...skali PANG!! mimpi daaa~

    ReplyDelete
  3. AJ;
    tu laa pasal. saye pon memule
    bace kemain kusyuk.
    Skali wakenebeb daa..

    Cikinto;
    Julia x tunang lagi.
    Ang da tunang.
    hohoho~

    ReplyDelete
  4. hehe
    salam.
    nice, but have no time to laugh
    typical spastic comedy, i guess.

    ReplyDelete
  5. haha.. mula2 bace dh ku agak nk eksiden.. tapi x plak ku sangka mimpi rupanya si julia ni.. ini sgt lucu! adeyh la..

    ReplyDelete

Just say it.
i won't bite.